ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 4. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar' ie Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah di mana-mana tempat yang difikirkannya patut dan boleh menetapkan had bidang kuasa tempatan mahkamah-mahkamah tersebut.

(2) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar" ie Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Sabah yang mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Sabah dan boleh menetapkan had bidang kuasa bahagian-bahagian dalam Negeri Sabah.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar'ie Negeri, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Sabah yang mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Sabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.