ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan dahulu atau terkemudian.

(1) Sesuatu fakta yang menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan adalah qarinah.

(2) Kelakuan sesuatu pihak atau kelakuan seseorang wakil bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan sesuatu fakta persoalan di dalamnya atau yang ada hubungan dengannya dan kelakuan seseorang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara sesuatu prosiding, adalah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta yang ada hubungan, dan sama ada kelakuan itu berlaku terdahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1 - Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan melainkan jika kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain daripada kenyataan; tetapi huraian ini tidak akan menyentuh qarinahnya kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2 - Apabila kelakuan seseorang ada hubungan, apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuanya adalah qarinah.

MISALAN




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.