ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
KEWANGAN



Seksyen 74. Harta-harta wakaf dan nazar.

Majlis hendaklah, tidak kurang daripada tiga tahun sekali tetapi tidak lebih dari lima tahun menyedia, mengeluar dan menyiarkan dalam Warta Kerajaan senarai harta-harta amanah, wakaf atau nazar yang tidak menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Pentadbiran Am, termasuk juga pelaburan dan pendapatannya. Senarai berkenaan hendaklah, sebelum disiarkan, diperiksa dengan cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 73.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.