ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVII - KUASA KADI DAN PENDAFTAR



Seksyen 204. Rujukan dan ubah perintah.

(1) Pendaftar boleh mengikut budibicaranya merujuk kepada Mahkamah untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah Bahagian ini atau sebaliknya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Bahagian ini atau sebaliknya boleh diketepikan atau diubah oleh Mahkamah, sama ada atas kehendaknya sendiri atau menurut permohonan mana-mana orang yang terlibat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah sebagaimana patut:

Dengan syarat bahawa, kecuali untuk sebab yang istimewa, Mahkamah tidaklah boleh menimbang mana-mana permohonan tersebut kecuali jikalau dibuat dalam tempoh empat hari selepas pemohon mengetahui perintah atau keputusan yang diadukan itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguh apa-apa prosiding yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Mahkamah yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa tindakan yang telah dibuat dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.