ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN FATWA

BAHAGIAN II - PELANTIKAN MUFTI DAN FUNGSI MUFTI, KUASA MAJLIS FATWA NEGERI DAN FATWA YANG BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN NASIONAL



Seksyen 12. Menerima pakai nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

(1) Majlis Fatwa Negeri hendaklah menerima pakai apa-apa nasihat dan syor Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang menyentuh perbuatan atau amalan yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja merupakan perbuatan atau amalan yang meliputi seluruh Persekutuan menurut perkara 38(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

(2) Nasihat atau syor yang diterima pakai menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai fatwa dan seksyen 8, kecuali subseksyen 8(7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu Fatwa yang disiarkan dalam Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan fatwa itu dibuat di bawah seksyen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.