ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 89. Tiga kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dituduh bersama.

(1) Apabila seseorang dituduh melakukan kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh kesalahan pertama dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, dia boleh dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi beberapa pertuduhan yang tidak boleh melebihi tiga pertuduhan.

(2) Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan-kesalahan itu dihukum di bawah peruntukan yang sama di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.