ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 2 - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 17. Memeriksa orang untuk mendapatkan nama dan alamat

Tiap-tiap orang yang berada dalam jagaan sah, yang oleh sebab ketidakupayaan kerana mabuk, sakit, kecelaruan mental ataupun masih kanak-kanak lagi tidak dapat memberikan keterangan yang memuaskan tentang dirinya, boleh diperiksa bagi maksud menentukan nama dan tempat kediamannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.