ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK
Seksyen 30. Sijil Faraid.
(1) Jika dalam perjalanan apa-apa prosiding yang berkaitan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pesaka seorang si mati Islam, sesuatu mahkamah sivil atau pihak berkuasa adalah berkewajipan memutuskan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pesaka itu atau bahagian-bahagian yang kepada orang itu masing-masing berhak, Majlis boleh, atas permohonan daripada mana-mana orang yang mendakwa sebagai benefisiari atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan, mengesahkan fakta-fakta dalam perkara itu dan mengeluarkan Sijil Faraid kepada pemohon.
(2) Majlis boleh melantik mana-mana pengkhidmat awam untuk menjalankan kuasa-kuasanya di bawah subseksyen (1).
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.