ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - SAMAN



Seksyen 25. Pengeluaran dan penyampaian.

Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan jika saman itu berbentuk sempurna dan, jika plaintif telah menjelaskan bayaran sepatutnya (termasuk bayaran untuk penyampaian saman itu) hendaklah memberikan suatu nombor bersiri kepadanya, memeteraikan, menandatangani, mengeluarkannya dan menyerahkannya kepada bailif untuk penyampaiannya. Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.