ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 116. Menyegarkan semula ingatan.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan menyegarkan semula ingatannya dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat sendiri olehnya pada masa kejadian yang berkenaan dengannya dia disoal, atau pada masa yang tak lama kemudiannya yang Mahkamah fikirkan mungkin hal kejadian itu masih jelas dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan sedemikian yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika semasa membacanya, dia tahu apa yang ditulis itu betul.

(3) Apabila saksi itu boleh menyegarkan semula ingatannya dengan merujuk kepada sesuatu dokumen, dia bolehlah, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh menyegarkan semula ingatannya dengan merujuk kepada dokumen ilmiah profesional.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.