ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1999
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 PELAKSANAAN
Seksyen 167. Penggunaan hasil.
Bailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan Penggunaan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut-
(a)
perbelanjaan pelaksanaan;
(b)
pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
(c)
jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut Bahagian itu;
(d)
jika hal itu yang tidak termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk menunaikan penghakiman yang mengenainya pelaksanaan itu dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu;
(e)
pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang penghakiman.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.