ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 44. Menyubahati kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara.

Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara hendaklah, jika kesalahan itu tidak dilakukan oleh sebab subahat itu, dan tiada apa-apa peruntukan yang nyata ditetapkan oleh Enakmen ini berkenaan dengan seksaan bagi subahat itu, diseksa sebagai taz'ir dengan penjara yang diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperempat daripada tempoh yang lama sekali diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan denda sebagaimana diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya dan jika pensubahat itu atau orang yang disubahati itu adalah seorang penjawat awam yang kewajipan ialah mencegah berlakunya kesalahan itu, maka hendaklah pensubahat itu diseksa sebagai taz'ir dengan penjara yang diperuntukkan bagi kesalahan itu selama tempoh yang boleh sampai seperdua daripada tempoh yang lama sekali diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan denda sebagaimana diperuntukkan bagi kesalahan itu, atau dengan kedua-duanya.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.