ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN III - KEWANGAN
Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 48. Akaun bank

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang difikirkannya patut dengan mana-mana bank yang sesuai.

(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis amaun-amaun yang melebihi dua ratus ringgit hendaklah dibuat dengan cek.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam Tatacara Kewangan Majlis.

(4) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana akaun bank Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau Setiausaha atau Timbalan Setiausaha bersama dengan mana-mana pegawai Majlis yang memegang jawatan pegawai kewangan yang diberi kuasa dan tanggungjawab sebagai Bendahari Majlis; atau mana-mana ahli atau pegawai yang diberi kuasa oleh Majlis bersama dengan Bendahari.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.