ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN BENEFISIARI



Seksyen 23. Wasiat kepada pihak tertentu.

(1) Tertakluk kepada seksyen 22, jika sesuatu wasiat telah dibuat kepada sejumlah orang yang tertentu tanpa menyebut nama mereka dan sebahagian daripada mereka telah hilang kelayakan untuk menerima wasiat semasa pewasiat mati, semua harta itu hendaklah dibahagikan kepada benefisiari yang layak sahaja.

(2) Jika sesuatu wasiat ialah suatu wasiat secara berkongsi antara orang tertentu dan kumpulan atau organisasi atau antara satu kumpulan dan satu organisasi, atau antara mereka semua, setiap orang tertentu dan setiap individu dari kumpulan yang terhad itu dan setiap organisasi yang tidak terhad itu hendaklah berhak memperolehi bahagian masing-masing.

(3) Jika sesuatu wasiat bagi orang, kumpulan orang atau pihak tertentu terbatal, harta yang diwasiatkan yang menjadi bahagian orang, kumpulan orang atau pihak tertentu itu hendaklah menjadi harta pusaka pewasiat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.