ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 44. Salahguna harta Baitulmal, dsb.

Mana-mana orang yang diamanahkan untuk mengutip, menyimpan, menjaga, mengelola atau menyerahkan apa-apa wang atau harta daripada Baitulmal, derma orang ramai atau lain-lain perkara yang berkaitan dengan Agama Islam, yang tidak menyerahkan wang atau harta itu kepada yang berhak atau mungkir daripada menjelaskannya kepada yang ditentukan atau mungkir daripada membentangkan akaun yang sepatutnya kepada Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Mahkamah boleh memerintahkan supaya jumlah wang atau harta itu diserahkan kepada yang berhak atau kepada Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.