ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
PENJAGAAN KE ATAS ORANG DAN HARTA



Seksyen 96. Had kuasa bagi penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.

(1) Seseorang penjaga bagi harta seseorang kanak-kanak dilantik oleh Mahkamah tidak boleh, tanpa kebenaran Mahkamah-
(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang dilakukan bersalahan dengan seksyen ini boleh ditetapkan sebagai taksah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang pada pendapatnya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah sub-seksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.