ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996


JADUAL PERTAMA

BORANG MS 14
[Seksyen 63(3)]

PENGHAKIMAN SAMAN INTERPLIDER

(Tajuk Am)

Saman Interplider atau Saman ini telah dikemukakan untuk pendengaran di hadapan Yang Arif Tuan Hakim ................... pada ............. haribulan ........19 ..... dan setelah mendengar keterangan yang dikemukakan dan hujahan oleh pihak-pihak (atau Peguam Syarie mereka).
(Masukkan Bahagian Berkuatkuasa yang berkenaan).

(a) Di bawah pelaksanaan.

Adalah dihakimkan bahawa tuntutan ................................. ke atas (sebutkan harta) (atau ke atas hasil jualan (atau nilai) bagi (sebutkan harta itu) yang diambil dalam pelaksanaan di bawah perintah yang dikeluarkan di Mahkamah ini atas permintaan Dain Pelaksanaan, bahawa (nyatakan harta itu) (atau hasil jualan) (atau nilai) tersebut (atau sebahagian daripada harta tersebut) (atau hasil jualan) (atau nilai) iaitu (sebutkan harta) itu adalah/bukanlah harta pihak menuntut.

Dan adalah diperintahkan bahawa ............................... hendaklah membayar kepada ...................... sejumlah wang sebanyak RM ............... kerana kos dan sejumlah wang sebanyak RM ............ kerana perbelanjaan tambahan bagi pelaksanaan dan penyimpanan milikan yang disebabkan oleh tuntutan itu.

Masukkan arahan tentang pelupusan apa-apa wang dalam Mahkamah, jika ada.

(b) Dalam suatu tindakan belum selesai

Adalah dihakimkan bahawa tuntutan Plaintif dan pihak menuntut kepada ....................................... (sebahagian daripada) hal-perkara tindakan ini bahawa tuntutan Plaintif (atau pihak menuntut) adalah sah dan bahawa pihak menuntut (atau Plaintif) tidak ada apa-apa tuntutan ke atasnya.

Dan adalah selanjutnya dihakimkan bahawa Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif (atau pihak menuntut) jumlah wang sebanyak RM ................... kerana hutang dan RM .................. sebagai kos kesemuanya terjumlah sebanyak RM.............. )

Dan adalah di perintahkan ................................................. (masukkan di sini apa-apa perintah untuk penghantarserahan harta).

Dan adalah selanjutnya dihakimkan bahawa pihak menuntut (atau Plaintif) hendaklah membayar kepada Plaintif (atau pihak menuntut) jumlah wang sebanyak RM ............. kerana kos .............. (tambah jika apa-apa kos diberikan kepada Defendan terhadap Plaintif (atau pihak menuntut)):

Dan adalah selanjutnya dihakimkan bahawa Plaintif (atau pihak menuntut) hendaklah membayar kepada Defendan jumlah wang sebanyak RM ....................... kerana kos.

(Jika mana-mana pihak menuntut gagaI hadir dan suatu perintah dibuat menghalang tuntutannya, teruskan seperti berikut:

Dan oleh kerana pihak menuntut ............... tidak hadir, adalah diperintahkan bahawa .................... tersebut dan semua orang yang menuntut bersamanya dihalang selama-lamanya daripada membuat tuntutan terhadap .................... Plaintif dan semua orang yang menuntut bersamanya).

(c) Dalam apa-apa hal lain

Pada hari ini adalah dihakimkan (di sini nyatakan penghakiman yang memutuskan tuntutan antara pemohon dengan mana-mana pihak menuntut yang hadir atau, jika semua pihak menuntut hadir, penghakiman yang memutuskan hak dan tuntutan semua pihak dan apa-apa perintah tentang pembayaran, atau penghantarserahan harta dan kos).

(Jika mana-mana pihak menuntut gagal hadir dan suatu perintah dibuat menghalang tuntutannya, teruskan seperti berikut:

Dan oleh kerana pihak menuntut .................... tidak hadir, adalah diperintahkan bahawa ................ tersebut dan semua orang yang menuntut bersamanya dihalang selama-lamanya daripada membuat tuntutan terhadap ............ Pemohon itu dan semua orang yang menuntut bersamanya).

Bertarikh pada...............haribulan.........19......

(METERAI)
................
Pendaftar




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.