ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Iqrar



Seksyen 14. Fakta yang menunjukan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, suci hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau ada hubungan.

Huraian 1 - Sesuatu fakta yang berhubung sebagai menunjukkan wujudnya suatu keadaan fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara tertentu yang berkenaan itu.

Huraian 2 - Tetapi jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh itu adalah qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah.

MISALAN





Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.