ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XVII - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 144. Memasukkan rayuan-rayuan ke dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokuman yang disebutkan di bawah seksyen 141 Pendaftar Rayuan hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh pembicaraan ditetapkan Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak-pihak terlibat notis mengenai tarikh pembicaraan rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Kadi Besar bolehlah atas daya usahanya sendiri atau atas permohonan pihak yang berkenaan dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepat atau menangguhkan pembicaraan rayuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.