ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 130. Penghakiman

(1) Tiap-tiap Hakim perbicaraan hendaklah menyampaikan penghakiman bertulis.

(2) Kecuali dalam hal prosiding di dalam Kamar, Hakim perbicaraan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), mengumumkan penghakimannya di Mahkamah terbuka.

(3) Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana-mana prosiding tidak dapat kerana apa-apa sebab mengumumkan penghakiman, penghakiman yang ditulis olehnya boleh dibacakan di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau oleh Pendaftar.

(4) Semua penghakiman yang diumumkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod kes.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.