ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PERUNTUKAN PELBAGAI BERHUBUNG DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 43. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan

(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan dan indeks, yang diperakui di bawah tandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendakinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.