ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 42. Kerahsiaan

Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang pun anggota atau pekhidmatnya boleh mendedahkan atau membukakan kepada mana-mana orang selain Yang di-Pertua Negeri atau Menteri atau mana-mana ahli Majlis apa-apa perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat melainkan jika dia dibenarkan dengan nyata oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.