ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 73. Bersekedudukan suami isteri berlainan agama.

(1) Sesiapa sama ada lelaki atau perempuan selepas memeluk agama Islam bersekedudukan dengan bekas isterinya atau suaminya yang belum memeluk agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) dengan sengaja dan tahu bahawa perbuatannya adalah bersalah di sisi agama Islam hendaklah disifatkan sebagai melakukan kesalahan persetubuhan luar nikah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.