ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 62. Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Yang di-Pertuan Agong bolehlah atas nasihat Majlis melantik seorang daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama.

(2) Majlis atas nasihat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama boleh melantik Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk membantu dalam penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.