ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVII - RAYUAN



Seksyen 140. Notis rayuan.

(1) Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Rayuan hendaklah dibawa dengan memberi notis rayuan dalam Borang MS 29.

(3) Rayuan boleh dibuat terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian keputusan itu.

(4) Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan itu dibuat dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, serta bahagian mana keputusan itu dirayukan.

(5) Mahkamah yang terhadapnya keputusan dirayukan hendaklah, setelah menerima notis rayuan membekalkan kepada perayu setelah dibayar fee baginya, suatu salinan diperakui nota-nota keterangan dan alasan penghakiman.

(6) Sebaik sahaja salinan diperakui itu telah siap Mahkamah hendaklah memberi nolis kepada perayu dalam Borang MS 30.

(7) Dalam masa 14 hari dari penerimaan notis di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan diperintahkan selainnya oleh Mahkamah-

(8) Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi memfailkan rayuan kepada responden atau kepada peguam syarienya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.