ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 205. Fatwa.

(1) Tidaklah boleh sesiapa, kecuali majlis atau Mufti, sama ada dengan cara lisan atau tulisan membuat atau mengeluarkan apa-apa fatwa, mengenai Agama Islam atau Hukum Syara', atau menuduh seseorang yang menganut Agama Islam sebagai murtad, syirik, atau kafir.

(2) Tidaklah boleh sesiapa, kecuali Hakim Syar'i, memutus seseorang yang menganut Agama Islam sebagai murtad, syirik, atau kafir.

(3) Barang siapa melanggar subseksyen (1) dan (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.