ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXX - MENGHINA MAHKAMAH



Seksyen 228. Notis menunjukkan sebab.

(1) Jikalau penghinaan itu dilakukan di hadapan Mahkamah, Mahkamah tidak perlu memberi notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah menentukan bahawa orang yang dikatakan menghina Mahkamah itu faham maksud kesalahan yang ditohmahkan terhadapnya dan diberi peluang untuk membela dirinya dan Mahkamah hendaklah membuat catatan yang teratur mengenai prosiding itu.

(2) Dalam semua kes-kes menghina Mahkamah yang lain notis menunjukkan sebab mengapa pesalah tidak harus dipenjarakan atau didenda hendaklah disampaikan kepada pesalah sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.