ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akadnikah.
Tiada suatupun perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi-
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syariah di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Pahang; atau
(b) oleh pihak berkuasa yang hak sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di Negeri itu atau Wilayah Persekutuan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.