ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN VII - PERKARA-PERKARA AM



Seksyen 65. Percubaan melakukan kesalahan.

Sesiapa yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau cuba menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu membuat apa-apa perbuatan bagi melakukan kesalahan itu, hendaklah, jika tiada peruntukkan yang nyata dibuat di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan hukuman yang ada diperuntukkan bagi kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidaklah boleh lebih daripada setengah daripada tempoh maximum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.