ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 58. Fitrah.

(1) Semua ketua keluarga atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas ahli rumah bagi mana-mana keluarga Islam di Negeri ini hendaklah bertanggungjawab mengenai fitrah dirinya dan ahli-ahlinya dan hendaklah dibayar kepada Majlis sebanyak dua pertiga daripada jumlah bilangan tanggungannya.

(2) Satu fitrah ialah satu gantang Baghdad yang bersamaan dengan tiga satu perlapan cupak menurut sukatan tempatan, atau lebih kurang dua kilo enam ratus lapan puluh lima gram.

(3) Bayaran fitrah boleh dikecualikan atas sebab-sebab kemiskinan dan amil bolehlah, setelah berpuashati dengan keadaan hidup seseorang itu dengan disahkan oleh mana-mana pegawai masjid mukimnya mengecualikan seseorang itu membayar fitrah.

(4) Amil hendaklah menyediakan laporan kepada Majlis bagi menyatakan sebab-sebab seseorang itu dikecualikan daripada membayar fitrah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.