ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal Pelbagai Kesalahan dan sanksi untuk mendakwa



Seksyen 117. Rahsia.

Mana-mana orang yang melanggar seksyen 24 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 [En. 1/1991.] dengan tidak sepatutnya memberitahu atau menghebahkan apa-apa perkara yang mana adalah kewajipannya untuk merahsiakannya, kepada mana-mana orang yang tidak berhak di sisi undang-undang untuk diberitahukan hal itu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.