ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VII - MASJID



Seksyen 85. Sekatan tentang penubuhan masjid dan penalti.

(1) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan untuk digunakan atau menggunakan atau menyebabkan digunakan mana-mana bangunan bagi perkara-perkara yang hanya boleh dilakukan di atau oleh masjid.

(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.