ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah.



Seksyen 94. Pengertian suratcara tentang wakaf atau nazr.

Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana suratcara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna dan natijah suratcara atau akuan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.