ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK UPAYA



Seksyen 30. Defendan belum dewasa mencapai umur dewasa.

Jika seorang defendan yang belum dewasa mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, dia atau penjaganya yang sah boleh memfailkan afidavit yang membuktikan kedewasaannya, dan sesudah itu tajuk tindakan itu hendaklah dipinda, dan penjaganya yang sah hendaklah dilepaskan tertakluk kepada perkara kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salahlaku penjaga itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.