ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004
BAHAGIAN III - KEWANGAN
Tatacara Kewangan Majlis
Seksyen 45. Penubuhan Kumpulan Wang
Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai "Kumpulan Wang" yang hendaklah terdiri daripada-
(
a)
kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Enakmen ini, semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang terakru kepada Kumpulan Wang atau yang didermakan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana orang atau yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang itu menurut Hukum Syarak atau di bawah peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;
(b)
apa-apa wang yang dari semasa ke semasa didapati oleh Majlis secara pinjaman;
(c)
semua wang sewa dan hasil jualan, keuntungan dan pendapatan dan semua wang yang didapatkan oleh Majlis secara langsung atau tidak langsung daripada harta atau pelaburan-pelaburan lain yang dipunyai oleh Majlis;
(d)
Semua wang yang didapatkan daripada pengendalian atau pelupusan apa-apa projek, skim atau perusahaan Majlis; dan
(e)
semua wang lain yang dari semasa ke semasa dibayar kepada Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.