ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 1 - QARINAHAN
BAB 2 - QARINAH
Bila Watak Adalah Qarinah.



Seksyen 42. Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab.

Dalam prosiding jenayah fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah, melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu adalah qarinah.

Huraian 1 -Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes-kes di mana watak buruk seseorang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2 -Sesuatu sabitan yang dahulu adalah qarinah sebagai keterangan mengenai watak buruk.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.