ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 9 - MEMASTIKAN KEBENARAN KETERANGAN SAKSI



Seksyen 119. Bila saksi perlu diperiksa.

Apabila saksi selesai memberi syahadah, Hakim hendaklah menyoalnya, bagi memastikan kebenaran keterangan saksi tersebut.

Huraian- Jika Hakim berkata mana-mana saksi bercakap benar atau mana-mana saksi itu adil tetapi saksi tersebut telah melakukan kesilapan dalam keterangannya atau saksi itu lupa fakta atau, katanya saksi itu adil tetapi dia menafikan dakwaan tersebut, Hakim tidak boleh memberi keputusan, kecuali terlebih dahulu mempastikan saksi tersebut bersifat adil atau sebaliknya dengan pemeriksaan terbuka di dalam Mahkamah atau secara rahsia.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.