ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 151. Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.

(1) Jika-

maka, tertakluk kepada peruntukan-penmtukan Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan sama ada dengan kebenaran Mahkamah, suatu perintah pengkomitan, atau jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, suatu perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai perbadanan itu.

(2) Jika suatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan di dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam sesuatu masa yang lain, sebutan-sebutan dalam subseksyen (1) mengenai sesuatu penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan-sebutan kepada perintah yang dibuat di bawah seksyen 152.

(3) Jika di bawah apa-apa penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang bertanggungan kepada pelaksanaan mempunyai alternatif untuk membayar nilai tertaksir harta itu, penghakiman atau perintah itu tidaklah boleh dikuatkuasakan melalui suatu perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah menghendaki orang yang mula-mula disebut itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, dan perintah itu bolehlah dikuatkuasakan sedemikian.

(4) Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat secara ex-parte dalam Borang MS 32 dan disokong dengan afidavit. Perintah penghantarserahan hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya penghakiman itu hendak dikuatkuasakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.