ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab 3 - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 187. Bon hendaklah disempurnakan

Sebelum mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, suatu bon bagi apa-apa jumlah wang yang difikirkan mencukupi oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disempurnakan oleh seorang penjamin yang mencukupi atau lebih, dengan disyaratkan bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan tempat yang disebut dalam bon itu, dan hendaklah terus hadir sedemikian sehingga diarahkan selainnya oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau Mahkamah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.