ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai harta Majlis



Seksyen 111. Penggunaan menyalahi undang-undang ruang udara di atas tanah Majlis.

Mana-mana orang yang tanpa kebenaran yang sah, mengguna atau menduduki ruang udara di atas tanah Majlis dengan mendirikan, mengendalikan atau menduduki bumbung, canopy (langit-langit, sengkuap) jambatan atau apa-apa binaan lain adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.