ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 65. Pembelaan.

(1) Defendan yang mempertikaikan keseluruhan atau sebahagian daripada liabilitinya dalam apa-apa tuntutan boleh-

(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan pembelaan dalam sesuatu masa tertentu dan atas apa-apa terma yang ia fikirkan sesuai.

(3) Suatu pembelaan hendaklah dalam Borang MS 15.

(4) Dalam seksyen ini, "tarikh kehadiran" ertinya tarikh pertama yang ditetapkan oleh Mahkamah semasa mengeluarkan saman atau permohonan untuk kehadiran.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.