ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 83. Laporan Tahunan Baitulmal.

Majlis hendaklah menyediakan akaun yang lengkap dan tepat bagi Baitulmal dan hendaklah seberapa segera selepas 31 haribulan Disember pada tiap-tiap tahun, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta suatu laporan berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis berkaitan dengan Baitulmal dalam tahun yang terdahulu bersama-sama dengan Lembaran Imbangan sebagaimana pada 31 haribulan Disember, penyata kira-kira pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun itu dan senarai harta-harta dan pelaburan (investment) yang menunjukkan kosnya jika dibeli, dan anggaran nilainya pada 31 haribulan Disember.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.