ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 102. Keterangan tentang perkara yang bertulis.

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pelupusan harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak terkandung dalam suatu dokumen, dan sekiranya dia berkata ada, atau sekiranya dia hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberikan sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga fakta-fakta telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.