ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
AM



Seksyen 8. Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau kemudian

(1) Apa-apa fakta ialah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadikan motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan.

(2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan apa-apa fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya.

Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain daripada pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh kerelevanan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini.

Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang ialah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya ialah qarinah.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.