ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN V - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 48. Anak dara lari daripada jagaan.

Seseorang anak dara atau thayyib yang lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya yang sah tanpa sebab yang munasabah pada Hukum Syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai anak dara atau thayyib tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.