ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005
BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF
Seksyen 29. Pembatalan pelantikan.
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana Ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik jika—
(
a
) dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan penjara;
(
b
) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis atau Jawatankuasa Pengurusan Wakaf;
(
c
) dia diisytiharkan bankrap atau kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipan-kewajipannya; atau
(
d
) dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.