ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 45. Kesalahan atas tanah wakaf.

(1) Mana-mana orang yang tanpa kebenaran Majlis—
adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal kesalahan berterusan, didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit bagi tiaptiap hari kesalahan itu berterusan.

(2) Seseorang yang telah disabitkan atas kesalahan di bawah perenggan 45(1)(a) hendaklah, jika diarahkan oleh Majlis, meroboh, memusnah dan membersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu atas perbelanjaannya sendiri.

(3) Jika orang yang tersebut di bawah subseksyen (2) enggan mematuhi arahan di bawah subseksyen yang dinyatakan itu, Majlis boleh menyebabkan diroboh, dimusnah atau dibersihkan segala binaan dan halangan di atas tanah wakaf itu dan boleh menuntut kos daripada orang tersebut.

(4) Seseorang yang telah disabitkan melakukan kesalahan di bawah perenggan 45(1)(b) atau (c), hendaklah jika diarahkan oleh Majlis, membayar gantirugi atau pampasan sebagaimana yang ditentukan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.