ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Kuasa Menyemak



Seksyen 62. Perintah di atas penyemakan.

Apabila sesuatu kes itu disemak oleh Mahkamah Apil Syar'iah, atau Mahkamah Tinggi Syar'iah, ia hendaklah memperakukan keputusan atau perintahnya kepada Mahkamah di mana pendapat, hukuman, atau perintah yang disemak itu dirakamkan atau dibuat, dengan menyatakan, di mana pendapat, hukuman, atau perintah itu diubah, sebab-sebab mengapa perubahan dibuat; dan Mahkamah yang kepadanya keputusan atau perintah itu diperakukan hendaklah selepas itu membuat apa-apa perintah yang menepati keputusan yang diperakukan itu dan, jika perlu, rekod-rekod yang berkenaan hendaklah dipinda bersesuaian dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.