ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Wasiat



Seksyen 125. Wasiat harta kepada anak angkat.

(1) Tiap-tiap orang yang mengangkat anak angkat yang diakui oleh masyarakat setempat bahawa anak itu telah diangkat sejak kecil lagi bolehlah membuat perjanjian atau akuan dalam borang yang ditetapkan dan disediakan oleh Jabatan Agama Islam.

(2) Jika orang yang mengangkat anak itu tiada mempunyai waris, maka anak angkat itu bolehlah, menurut kehendak seksyen ini, mendapat tidak lebih daripada satu pertiga daripada harta orang yang mengangkat anak itu sebagai wasiat daripadanya.

(3) Jika orang yang mengangkat anak itu ada mempunyai waris, maka anak angkat itu tidaklah boleh mendapat bahagian lebih daripada bahagian yang diperuntukkan di bawah subseksyen (2) daripada harta ibu bapa angkatnya itu.

(4) Anak angkat itu hanya boleh mendapat bahagian yang tidak lebih daripada bahagian yang disebut dalam subseksyen (2) atau (3) daripada harta ibu bapa angkatnya walau berapa ramai sekalipun bilangan anak angkat yang ibu bapa angkat itu ada.

(5) Jika anak yang diangkat oleh ibu bapa angkatnya itu merupakan warisnya sendiri dan berhak mewarisi hartanya itu, maka anak itu tidaklah tertakluk kepada subseksyen (1) atau (3).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.