ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVI - PENGHAKIMAN DAN PERINTAH



Seksyen 135. Perintah ansuran.

(1) Mana-mana madin yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah-

dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak, boleh membuat apa-apa perintah yang ia fikirkan adil.

(2) Jika mana-mana ansuran itu tertunggak melebihi satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah diketepikan dan dain penghakiman boleh memohon pelaksanaan keseluruhan amaun yang kena bayar atas penghakiman itu, tetapi madin penghakiman boleh memohon untuk mendapat perintah lain.

(3) Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah untuk bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu diketepikan, atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan, dan Mahkamah selepas mendengar pihak-pihak itu boleh membuat apa-apa perintah yang ia fikirkan adil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.